Thursday, October 6, 2011

tatapan Realiti seorang yg ku Kenali


Di waktu usia yg muda, sebagai si kakak hanya dalam keluarga yang Cuma mmpunyai 2 orang anak perempuan..dirinya telah keluar dari batas akan segala fungsi sebagai seorang ibu pada beradik yang lain. Pagi hingga petang tubuhnya tidak pernah merasa apa itu rehat, jiwanya senantiasa resah, cemas dan akalnya hanya menuju pada tugasan tiap hari yang selalu mnjadi amalan. Ibunya amatlah tegas, terkadang ketegasan tidak mengenal tempatnya,hinggakan penat yang sepatutnya merangkumi dalam hidupnya pun dia sudah abaikan. Dia hanya dapat merasa belajar pada masa yang terlalu singkat dalam darjah di sekolah lalu berhenti oleh kerana dia amat penting dalam membantu ibunya apatah lagi apabila ayahnya sudah pun meninggal dunia ketika umurnya masih amat muda. Hiburan pada masa itu tidak dikenalinya, kadang2 dia merasa gelisah, bukan apa-apa tetapi rasa itulah yang akan dilalui apabila keadaan seseorang telah menjadi tunggak utama dalam keluarga.ketegasan ibunya yang suka memarahi mahupun memanggil namanya mnjadi ketakutan dan igauan. Sememangnya kadang2 keikhlasan pada dirinya sekejap menjadi keterpaksaan yang menghancurkan rasa ikhlas itu, kerja yang dilakukan sudah menjadi tabiat, dia harus cepat habiskan. Ketika umurnya mencecah 20-an,dirinya telah disunting oleh seorang lelaki yang hanya memulakan surat tak pernah ketemu,hanya ada perantaraan. Ya! Dirinya sudahpun digelar seorang isteri.sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita tak semuanya indah, tak semuanya akan berubah namun kita perlu redha diatas semuanya dan yakin segala apa yang berlaku kerana rencana yang telah ditetapkan oleh pencipta yang maha tahu akan diri kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. Suaminya baik, namun, dia akur kelemahan si suami, kerja suami tak menentu. Dia kuatkan semangat dan dia harus redha dengan apa yang telah ditimpakan padanya, ini kifarah dari ALLAH. Dia sudah mengandungkan anak yang kedua, pertama seorang laki2. Atas kuatnya hati dan tekadnya diri ,lagi2 dia tidak sanggup lagi melihat keadaan si suami tidak bekerja, hidupnya miskinkan harta. Suami di rumah beribadah. Dia tidak pernah menyalahkan si suami namun dia tekad untuk bergerak mencari kerja walaupun ia berat. Dia kerja menoreh getah, benar, dulu dia juga mmbantu ibunya menoreh. Seawal jam 4 @ 5 pagi, dia sudah bangun untuk menoreh, berapa bukit dia telah rentas dalam satu hari tetapi dirinya cekap, kerja yang dilakukan cepat siapnya. Pukul 6 pg lebih, dia pulang dan memasak,kemas rumah ,menyusukan anak.  Segalanya telah dilakukan hanya menggunakan kudrat seisi tubuhnya. Dia rela demi anak tercinta, dia nekad untuk menjadi ketua keluarga secara tidak langsung. Baginya tidak kira apa sahajalah yang berlaku, dia tawakkal. Pengorbanannya, dia tidak seperti isteri lain yang dimanjakan ketika sarat mengandung, hakikatnya, dia perlu melalui takdir yang terjadi keatas dirinya. Baginya, siapalah dia untuk menangisi takdir yang telah ditetapkan oleh yang maha besar dan bijaksana. Dia perlu survive!!....membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi dirinya, dia bertungkus-lumus seorang diri, ada si suami tetapi keadaannya seperti tidak,tapi dia harus terima bahwa manusia tiada yang sempurna, mesti ada kelemahan. Si suami malahan mmpunyai hobi yang mahal.apa kerja lah yang tak pernah dilakukannya dalam membesarkan 7 orang anak sekaligus.  Menoreh getah, meniaga laksa, menjadi tukang jahit langsir mahupun baju, kerja jualan langsung, kerja dikilang yang amat panas(sarung tangan)sebagi operator juga kilang lain2, cleaner di pejabat polis daerah,dirumah juga dia lasak; menyabit,memotong rumput. Dugaan yang menimpa bukan hanya setakat itu, dia juga diuji dengan adik ipar yang kelihatan ingin dirinya dibenci beradik ipar yang lain, pelbagai tohmahan yang diletak, fitnah. Semuanya datang dari mulut, ya, mulut lah yang mmbuatkan dirinya terhina, apa lagi dia pernah dituduh adik ipar ingin menggoda suami adiknya yang digelar biras,padahal suaminya lah yang ingin menwan dirinya, dia tidak pernah ada apa2 perasaan pun pada si suami pada adik iparnya,biras. Apa yang menyakitkan dirinya lagi si biras juga mengaku dan memfitnahnya, hinggakan semua adik ipar memandang hina pada dirinya. Hendak ikut bergaul dengan adik2 ipar tetapi hatinya jadi amat sayu bila teringatkan apa yang telah diberitahu dalangnya.dia jadi malas untuk mendengar perli2. Dia adalah seorang wanita yang kuat...tabah..rela apa saja dikorbankan hanya untuk anaknya,hinggalah dia tua..hidupnya banyak bergerak sendiri dari majlis kenduri kahwin anak yang sulong hinggalah yang kelima. Yang lain masih dalam tanggungannya juga telah melanjutkan pelajaran.

No comments:

Post a Comment

Corat-Coret anda