Thursday, October 6, 2011

tatapan Realiti seorang yg ku Kenali


Di waktu usia yg muda, sebagai si kakak hanya dalam keluarga yang Cuma mmpunyai 2 orang anak perempuan..dirinya telah keluar dari batas akan segala fungsi sebagai seorang ibu pada beradik yang lain. Pagi hingga petang tubuhnya tidak pernah merasa apa itu rehat, jiwanya senantiasa resah, cemas dan akalnya hanya menuju pada tugasan tiap hari yang selalu mnjadi amalan. Ibunya amatlah tegas, terkadang ketegasan tidak mengenal tempatnya,hinggakan penat yang sepatutnya merangkumi dalam hidupnya pun dia sudah abaikan. Dia hanya dapat merasa belajar pada masa yang terlalu singkat dalam darjah di sekolah lalu berhenti oleh kerana dia amat penting dalam membantu ibunya apatah lagi apabila ayahnya sudah pun meninggal dunia ketika umurnya masih amat muda. Hiburan pada masa itu tidak dikenalinya, kadang2 dia merasa gelisah, bukan apa-apa tetapi rasa itulah yang akan dilalui apabila keadaan seseorang telah menjadi tunggak utama dalam keluarga.ketegasan ibunya yang suka memarahi mahupun memanggil namanya mnjadi ketakutan dan igauan. Sememangnya kadang2 keikhlasan pada dirinya sekejap menjadi keterpaksaan yang menghancurkan rasa ikhlas itu, kerja yang dilakukan sudah menjadi tabiat, dia harus cepat habiskan. Ketika umurnya mencecah 20-an,dirinya telah disunting oleh seorang lelaki yang hanya memulakan surat tak pernah ketemu,hanya ada perantaraan. Ya! Dirinya sudahpun digelar seorang isteri.sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita tak semuanya indah, tak semuanya akan berubah namun kita perlu redha diatas semuanya dan yakin segala apa yang berlaku kerana rencana yang telah ditetapkan oleh pencipta yang maha tahu akan diri kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. Suaminya baik, namun, dia akur kelemahan si suami, kerja suami tak menentu. Dia kuatkan semangat dan dia harus redha dengan apa yang telah ditimpakan padanya, ini kifarah dari ALLAH. Dia sudah mengandungkan anak yang kedua, pertama seorang laki2. Atas kuatnya hati dan tekadnya diri ,lagi2 dia tidak sanggup lagi melihat keadaan si suami tidak bekerja, hidupnya miskinkan harta. Suami di rumah beribadah. Dia tidak pernah menyalahkan si suami namun dia tekad untuk bergerak mencari kerja walaupun ia berat. Dia kerja menoreh getah, benar, dulu dia juga mmbantu ibunya menoreh. Seawal jam 4 @ 5 pagi, dia sudah bangun untuk menoreh, berapa bukit dia telah rentas dalam satu hari tetapi dirinya cekap, kerja yang dilakukan cepat siapnya. Pukul 6 pg lebih, dia pulang dan memasak,kemas rumah ,menyusukan anak.  Segalanya telah dilakukan hanya menggunakan kudrat seisi tubuhnya. Dia rela demi anak tercinta, dia nekad untuk menjadi ketua keluarga secara tidak langsung. Baginya tidak kira apa sahajalah yang berlaku, dia tawakkal. Pengorbanannya, dia tidak seperti isteri lain yang dimanjakan ketika sarat mengandung, hakikatnya, dia perlu melalui takdir yang terjadi keatas dirinya. Baginya, siapalah dia untuk menangisi takdir yang telah ditetapkan oleh yang maha besar dan bijaksana. Dia perlu survive!!....membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi dirinya, dia bertungkus-lumus seorang diri, ada si suami tetapi keadaannya seperti tidak,tapi dia harus terima bahwa manusia tiada yang sempurna, mesti ada kelemahan. Si suami malahan mmpunyai hobi yang mahal.apa kerja lah yang tak pernah dilakukannya dalam membesarkan 7 orang anak sekaligus.  Menoreh getah, meniaga laksa, menjadi tukang jahit langsir mahupun baju, kerja jualan langsung, kerja dikilang yang amat panas(sarung tangan)sebagi operator juga kilang lain2, cleaner di pejabat polis daerah,dirumah juga dia lasak; menyabit,memotong rumput. Dugaan yang menimpa bukan hanya setakat itu, dia juga diuji dengan adik ipar yang kelihatan ingin dirinya dibenci beradik ipar yang lain, pelbagai tohmahan yang diletak, fitnah. Semuanya datang dari mulut, ya, mulut lah yang mmbuatkan dirinya terhina, apa lagi dia pernah dituduh adik ipar ingin menggoda suami adiknya yang digelar biras,padahal suaminya lah yang ingin menwan dirinya, dia tidak pernah ada apa2 perasaan pun pada si suami pada adik iparnya,biras. Apa yang menyakitkan dirinya lagi si biras juga mengaku dan memfitnahnya, hinggakan semua adik ipar memandang hina pada dirinya. Hendak ikut bergaul dengan adik2 ipar tetapi hatinya jadi amat sayu bila teringatkan apa yang telah diberitahu dalangnya.dia jadi malas untuk mendengar perli2. Dia adalah seorang wanita yang kuat...tabah..rela apa saja dikorbankan hanya untuk anaknya,hinggalah dia tua..hidupnya banyak bergerak sendiri dari majlis kenduri kahwin anak yang sulong hinggalah yang kelima. Yang lain masih dalam tanggungannya juga telah melanjutkan pelajaran.

BERSABARLAH DALAM MENEMPUH DUGAAN



Coretan dan nukilan yg mengungkap seribu perasaan yg susah utk dimengertikan...
Aku tahu..diri ini bukanlah seorang yg sempurna.. memang perlu ditegur, perlu dijaga,perlu dimarah agar menjadi yg lebih baik... tapi mengapa diri ini terlalu lemah hingga terlalu banyak perkara dilakukan sewenangnya...
Mana letaknya keyakinan yg mmbuak2 ?????? dalam kitar hidupku.. hanya mampu berserah saja... ya...perlu... tapi kekadang kenapa semakin ku membaiki diri... semakin nmpak kelemahannya... aku lakukan ini..itu...semua salah.... adakah aku hidup hanya utk menikmati kemarahan dan hati yg akan diskiti sesuka hati seadanya...sebenarnya apa mungkin aku layak utk dunia... menjadi sebahagiannya... aku selalu berfikir... belum lagi kulihat dosa yg terlalu banyak ini... aku baru melihat diri ini. Adakah ia layak utk memikul tanggungjawab yg besar utk dunia...aku belajar...belajar...belajar... utk mnjadi sebahagiannya... namun aku lupa yg ALLAH amat menyayangiku, dia sahajalah yg sealu dalam benakku... tapi mengapa aku ini walaupun sudah sedar yg dia ada disampingku... waktu ku suka.. hanya sedikit sahaja ruang yg aku letaknya dalam hati????...arghhhh.. aku ni lemah... aku teringin utk kuatkannya dalam taqwaku... dalam sujudku mahupun sembahanku kepadanya. Tuhanku.... aku mohon ampun diatas segala dosaku... sebenarnya jasad ku ini lemah dgn tidur,makan yg terlalu kenyang.apatah lagi rohnya x diisi dengan amalan wajib mahupun sunat... ia terlalu bergantung padamu...hingga lupa yg usahanya juga mmberi kesan yg amat besar dalam doanya.. sesungguhnya, ALLAH maha PENYAYANG...

:::::::Cinta:::::::::::

Aku suka utk menulis...
Muhasabah pada diriku, bkn sja pd kelemahan.. tapi nikmat yg x terhingga yg telah diberikan ALLAH akan segala yg  berlaku..
Apa yg kau tahu akan cinta yg tulus ikhlas wahai manusia???
Apa benar kau yakin yg kau cintai itu tulus ? apa benar yg kau rasa itu ada dlm lingkungan barakah ALLAH.?apa erti pengorbananmu?
Wahai insan yg rasa inginnya amat tajam akan apa yg mahu dilakukan ...adakah benar anda siap utk segal kemungkinan? Sedarkah anda dalam bahtera dunia...


               .............................................................................
Cinta....ada yg binasa..ada jua yg berjasa...ada juga yg sekadar nama.. ape pndapatmu wahai mata yg mlihat dengan hati yg mula merungkai...mengeja akan segala yg telah kutuliskan ini?...akal!!! berfikirlah seperti org yg punyai akal yg tajam... hati haruslah melihat dgn jujur...
Apa hatimu kini sudah pandai mnilai wahai manusia?.. sepatutnya ya!!!... ini kerana kau sudah duduk mnapak di atas bumi yg berjuta2 bilion umurnya.. ya..aku lupa.. kau hanya lah berapa saja umur.. tidak sepadan dgn apa yg dikatakn sejarah.. kini... kau nilai kegembiraan,hiburan, juga keseronokan dunia menjadi amalan setiap saat dan aslinya kau yakini....ape benar??? Apa yg kau pandang dan lihat itu akan dirasai dgn puas???... kenapalah.. ilmu agama kini telah mncapai tahap yg menyedihkan?... oh.. mungkin aku tidak dpt mlihat yg sebenarnya, agama islam telah bangkit secara sulit.. tiada apa yang dapat dipertikai.. namun, bagaimana aku mahu ceritakan nanti pada bangsaku ini yg jasa pada agama terlalu sikit... aku tidak ckup ilmu utk mengatakannya... namun, aku cuba utk belajar caranya iman dapat ditingkatkan... cara yg terbaik utk tarik tali yg tersimpul tersangkut dalam lumpur supaya dapat dibersihkan... ianya tidak mudah!!!!! Bantulah aku sekalian jika kau sedari.......

isu: Fatamorgana


Bismillahirrohmannirrohim kumulakan....
Hadiah yang mahal dari pencipta...nafas yg telah ku hirup... hati ini mmbuak2 ingin menyelusuri dakwahmu... ingin diceritakan pada semua..ingin diungkapkan agar segar dalam minda manusia yg lain bahwa dunia ini fatamorgana hanya dapat disinggahi mata sesaat... ramai yang merasakan kelekaan nikmat yg sebenarnya ujian dari yg maha pencipta.... apakah fatamorgana menurut pendapatmu...in aku ingin ceritakn...
Waktu itu kau hanya berbekalkan tanpa apa2 melainkan kain yg menutup badanmu dan auratmu...  bayangkan waktu itu sudah 2 hari kau berjalan..bekal pun sudah habis...laluanmu tiada apa tak lain hanya pasir yg luasnya seperti pandangan lautan. .. benar!!! Tiba2 kau lihat ada dihadapanmu 1 kereta . pendapatmu ia mungkin dapat menolongmu... hahahaha.. kamu begitu gembira.. kau juga akan dapat melihat makanan yg terdapat didalamnya..segalanya ada dan kau amat ingini.... yang paling menggembirakanmu adalah segelen air  juga ada didalamnya. Kau merasa pelik... apakah kereta itu x dimiliki sesiapa pun? Kau segera x mlepaskan peluang untuk makan semuanya... minum air sebanyaknya..bagimu ini rezki.. bagimu tidak apalah jika aku memakan semmuanya...mungkin pemilik kereta ini sudah menaiki kereta lain...hahahah..kau amat gembira.... tiba2 kau terjatuh darinya...argh!!!.. kau gosok mata berulang2..mana kereta tadi? Xkan aku disihir?,...ah, mana mungkin...hmmm pelik!!!..realitinya kau sememangnya duduk disebelah pokok kaktus........itulah fatamorgana...kau makan juga tidak terasa nikmatnya...realitinya mknn itu hanya akan mnjadikan dirimu kuat semangat dan keperluanmu... ingatlah itulah sebenarnya makna disebaik fatamorgana... kau dapat mmbayangkan kereta yang pnuh isinya dgn makann dan air... malahan kau juga dapat rasa duduk didalamnya....sayang ia hilang dalam sekelip mata...fahami ayatku ini....

Solat Istikarah

hari-hari kena solat istikharah sebab kita tak tahu apa akan terjadi pada hari ini dan hari esok.... bukan hanya soal jodoh, pekerjaan, pelaburan sahaja... hari-hari kita berdepan dengan pelbagai pilihan, ujian, desakan dan usaha yang memerlukan petunjuk dan garis panduan dari Allah.... termasuk hal-hal kecil seperti- pilih barang makan, cari tempat letak kereta, temui sahabat baru dll

share lagu I believe- Irfan Makki& Maher Zain

I Believe Lyrics

IRFAN MAKKI   featuring   Maher Zain


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Monday, October 3, 2011

kehidupan titian Dunia menuju Akhirat abadi

titisan embun di daun yang dengan sukarelanya ia terjun ke atas mukabumi yang sudah tua umurnya.... ia terjun kerana kejadian 'Kun FayaKun' 
mata terpejam mencelik dan terbuka demi sedikit.. lalu dibersihkan diri supaya merasa indah dalam ketenangan subuh...menghadirkan diri dalam keutuhan semangat untuk sujud pada Pencipta... Kerana DIA aku hidup..dapat melangsungkan urusan apa2 pun... DIA lah yang sentiasa dekat dalam menjenguk hati ini kerana DIA maha Kuasa atas tiap2 sesuatu...Kerana DIA jua..aku dapat menghirup udara dalam tiap 1 helaan nafas...DIA ciptakan mataku untuk merenungi Hikmah hidup juga menghadiahkan rasa bertuah kerana dapat melihat...DIA lah yang membuatkan mulutku dapat mengeluarkan nada2 suara yang sedap didengar...bahasa yang diguna juga mengindahkan pertuturan....segal lengkap tubuh dan seisi organ dalaman dalam alam badan....

aku menggerakkan dan mempersiapkan diri untuk mencari rezki...'amalan yang difardhukan selepas ibadah fardhu ialah mencari rezki'...itu kata2 DIA yang pernah aku lihat di TV ALHIJRAH.... aku mula memasang niat dan membetulkan segala tujuan hidup untuk ditujukan sembahan segalanya pada 1 titik pusat iaitu DIA pencipta...
DIA maha hebat...aku menaiki motor Modenas city hijau menerokai keindahan alam di kiri kanan laluan ku jalan....aku menjumpai satu perkataan yang xdapat digambarkan...takjub akan kehebatan MAHA ESA....burung2 yang terbang tinggi rendah juga sedang menikmati ingatan tulus pada DIA...

Ranjau yang kulalui semakin seronok...hingga sampai di tempat kerjaku...aku meniti pandangan segala ragam si kecil yang masih mencari2 atas tujuan apa dia hidup..persoalan yang dicari harus dibatasi dengan pandangan ALQuran.... jiwaku jelas menghayati mereka yang tiada titik dosa pun kerana msih belum tahu dimana yang baik mahupun buruk..sekelilingnya lah Guru setia menemani...baik buruk belum dapat dinilai sebaiknya..disinilah tugasku untuk membrikan mereka kesedaran akan apa yang "Di suruh & Di larang"......
bersambung 

Sunday, October 2, 2011

Solat dan alam

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.