Saturday, April 28, 2012

PrOgreSS in BusineSSS...

aku da lame minat nak join online Bussiness tapi kan ...sbab xslalu on9 ler jadi terBantut...hmm...
aku pun nak jual tudung yang cun sangat tapi xlupa dengan Batas mana yang patut disimpan dan diliputi.....smua ni dari Butik...jahitan pun cun...so?
apa2 pun aku yakin dengan Bisnes ni....meh aku UPLOAD TUDUNG yang mungkin Anda minati:
tudung ni Trendy skit
tudung ni pun cumil jer kan??

tudung bawal sesuai dipadan

tudung ni ADA GAYE

sesuai dipakai untuk majlis formal

manis anggun bergaya dengan Sopan

Friday, April 27, 2012

Permohonan Kahwin Negeri Selangor (Perempuan)>> Terbaru????....meh sini sy inform

ASSALAMUALAIKUM>>>>
 Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."

Semoga anda semua sihat dan yang kepada 'bakal2 pengantin' dont worry ya... i'll help as much i know...
ade 7 langkah mudah untuk anda buat dalam Permohonan Kahwin (Perempuan)...

1)  Bukak  laman web >>>>   http://ncr.jais.gov.my/

2)  Klik 'Daftar disini'........kemudian isi lah segala information yang diminta..abis isi klik Daftar

3) Ia akan kembali ke Laman Utama....anda isi  NO. MYKAD & KATA LALUAN...

4) Bila sudah masuk, klik 'Permastautin (Borang 1A)'....isi lah apa maklumat yang diminta anda isi..abis isi klik Prebiu.

5)  Kemudian, anda pergi ke 'Perempuan (Borang 2C/2D)'...isi maklumat di Borang 2C ye sampai abis.. kemudian klik Prebiu.ok je..Klik CETAK *jangan lupe Daftar Keluar dan pergi jumpa pendaftar nikah.. bawak ayah, 2 orang saksi dan tanda tangan depan Pendaftar..

6) Daftar Masuk semula yer...kemudian abiskan isi Borang 2D..* jangan lupe Daftar Keluar seterusnya.. pergi Pejabat Agama

7) Tunggulah hari yang penuh mendebarkan & penuh gembira... jalanilah Akad Nikah anda...
*jangan lupe selepas nikah... anda akan dapat sijil sementara nikah... Mohonlah Kad Nikah...

segala pindaan tertakluk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)....



Wednesday, April 25, 2012

IssueMadeBetterLife: saye kagum sebab saye Cikgu Tadika..(kui3x)

IssueMadeBetterLife: saye kagum sebab saye Cikgu Tadika..(kui3x)

saye kagum sebab saye Cikgu Tadika..(kui3x)

mari saya catatkan sedikitlah .....Entry blog sy ni dengan..Profesyen Cikgu Tadika,
Pe yang saya boleh sebut ialah Its was the best experienced ever i had and seriously Relax ever i faced
(maaf di atas tunggang terbalik my English...tp yg penting kompiden yer...hehehe)

 Saya selitkan gambar budak2 comel lote yang membuat saya SEBEL...
aku edit sedikit..nampak la suasana lama...hehe

 5 budak2 ni kuat bodek...tapi sume kiut kan?...
Si abang 'ensem' konon ni jgn terpedaya dengan muke...perangai peramah sungguuuuh!

tu yang peace tu perangai semacam bayi baru lahir...hikhik

kunun2 jek khusyuk wat keje...kat belakang ade plak model Colgate..hahaha


 


Pertandingan Mewarna......


demikian lagu2 Tadika untuk si dia yang beru menjinak2kan diri dalam dunia mendidik budak2 tadika nieh......(khas ku taip atas permintaan)...poyo juge yer..hikhik

Mari mengenal 10 malaikat
dicipta ALLAH daripada cahaya.
Jibril Mikhail Ridhwan Malik
Munkar Nakir..
Raqib Atid..
Izrail Israfil semuanya..
10 malaikat darpada cahaya.


Open Banana..
Open Banana..
Eat Banana..eat eat Banana..
Trough Banana..trough2 Banana..
Shake Banana..shake2 Banana..
Close Banana...close2 banana..



Mari mengenal
Mari menyebut..Mari mengingat
Allah tuhan kita..
Maha Melihat,
Maha kuasa.
Maha mendengar.
dan Maha segala-galanya...


Kalau org bertanya siapa nama tuhan...
mari kita berkata
Allah tuhan kita..
Allah 1 saja
Allah bijaksana
Allah jadikan semua
Allah 1 saja
Allah bijaksana
Allah jadikan semua



Goci2 caca..
Jem2 caca..
Konda kondi caca
Goci ca
Jem ca
Konda kondi caca



Wonderpet2...kami datang..
membantu kawan di dalam kesusahan..
kami xbesar..dan kami xkuat
bila bekerjasama semua jadi mudah...
Yeeeeaaaa! Wonderpet,...yeeeee!




Sekian .....terima lah.....semuga terhiburrr

Jom kite kenali apa itu n.a.f.s.u????


saya sedang termenung dengan kotak fikiran memikirkan apa itu yang bergelar nafsu..... (gambar sekadar hiasan)...
"NAFSU DGN JASAD TIDAK BOLEH DIUKUR PADA UMUR KITA.NAFSU KITA SENTIASA MUDA. NAFSU TAK TUA SEBAB NAFSU LEBIH TUA DARIPADA NABI NUH AS~NAFSU KITA LAMA DAH ALLAH BUAT"

Nafsu terbahagi kepada 7 jenis :
1. Nasfu Amarah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah

- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golongan ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah

- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah

- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah

- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah

- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah

- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

dipetik drpd ceramah
Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Tuesday, April 24, 2012

Garu2 kepala...Cari sOlution....

hmmm.... ASsalam utk yg muslim..Hello utk selainnya...

Korang yang dah pun jadi Blogger...kire senior la... nak tanya,
Saya nak daftar utk Pendapatan  by Blog utk terus progress ke Nufnang & etc...
tapi asyik Problem jer... ade sape2 yang bley tolong beritahu detail
bagaimana utk memahami disebalik isu ini...huhuhu

Garu menggaru sampai tergaru....takde paper pun yang dijumpai....huhuhu

Monday, April 16, 2012

Rahsia yang dikaji...ayuh tuka paradigma!

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan barat) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan seperti hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut lalu menyebabkan otak kita umat Islam menjadi lembab sebab percaya .

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar jika memakan kambing, tinggi kolesterol dalam badan,
namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,contohnya coke dan maggi.Coke tu sangat beracun,dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan anda, Barat selalu mengwar2kan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya  Kemerdekaan kita adalah satu permulaan Penjajahan minda barat dengan melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Dan sebenarnya dari makanan sehari2 jualah yang membentuk siapa kita hari ini...belum isu Halal Haram lagi...so, same2 beringat dan elakkan makanan yg xbaik dan mulakan hidupmu dengan Sunnah Nabi kesayangan kita!Nabi Muhammad S.A.W....

Firman Allah:
Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Al-Quran
Surah Al-Baqarah
Ayat 168

Kehidupan Setelahnya

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sunday, April 1, 2012

Semalam yang telah pergi...

kabus usang meratapi sesuatu senja....
ku menghabiskan sisi pandangan melata ke sudut sempurna
kesempurnaan yang telah melenyapkan sebuah kelemahan...
yang tinggal hanyalah zahir x bermakna
kehidupan ini banyak mengajar erti kedukaan..
yang ku pasti kedukaan inilah yang akan membawa ketenangan..
pabila bulatan senyuman yang semakin kurang...
makna akan sebuah kesyukuran timbul datang..


ku hargai zarah udara yang dihirup 
ku amati nikmat yang ku dapat...
ku hampir tak kenal akan siapa aku sebenarnya...
kerna masakini apa yang diberatkan hanyalah pandangan 
hati yang kuat menilai telah diringankan dengan ketidakpastian


aku meneliti bait2 kata syair indah yang sememangnya lemah
lemah dengan sorotan ketulusan jiwa...
benak mengukur saat nafas dihentikan..
lalu kabur mata dengan pandangan yang jauh berbeza dari seadanya..


inilah yang ku simpulkan tentang HIDUP