Monday, October 3, 2011

kehidupan titian Dunia menuju Akhirat abadi

titisan embun di daun yang dengan sukarelanya ia terjun ke atas mukabumi yang sudah tua umurnya.... ia terjun kerana kejadian 'Kun FayaKun' 
mata terpejam mencelik dan terbuka demi sedikit.. lalu dibersihkan diri supaya merasa indah dalam ketenangan subuh...menghadirkan diri dalam keutuhan semangat untuk sujud pada Pencipta... Kerana DIA aku hidup..dapat melangsungkan urusan apa2 pun... DIA lah yang sentiasa dekat dalam menjenguk hati ini kerana DIA maha Kuasa atas tiap2 sesuatu...Kerana DIA jua..aku dapat menghirup udara dalam tiap 1 helaan nafas...DIA ciptakan mataku untuk merenungi Hikmah hidup juga menghadiahkan rasa bertuah kerana dapat melihat...DIA lah yang membuatkan mulutku dapat mengeluarkan nada2 suara yang sedap didengar...bahasa yang diguna juga mengindahkan pertuturan....segal lengkap tubuh dan seisi organ dalaman dalam alam badan....

aku menggerakkan dan mempersiapkan diri untuk mencari rezki...'amalan yang difardhukan selepas ibadah fardhu ialah mencari rezki'...itu kata2 DIA yang pernah aku lihat di TV ALHIJRAH.... aku mula memasang niat dan membetulkan segala tujuan hidup untuk ditujukan sembahan segalanya pada 1 titik pusat iaitu DIA pencipta...
DIA maha hebat...aku menaiki motor Modenas city hijau menerokai keindahan alam di kiri kanan laluan ku jalan....aku menjumpai satu perkataan yang xdapat digambarkan...takjub akan kehebatan MAHA ESA....burung2 yang terbang tinggi rendah juga sedang menikmati ingatan tulus pada DIA...

Ranjau yang kulalui semakin seronok...hingga sampai di tempat kerjaku...aku meniti pandangan segala ragam si kecil yang masih mencari2 atas tujuan apa dia hidup..persoalan yang dicari harus dibatasi dengan pandangan ALQuran.... jiwaku jelas menghayati mereka yang tiada titik dosa pun kerana msih belum tahu dimana yang baik mahupun buruk..sekelilingnya lah Guru setia menemani...baik buruk belum dapat dinilai sebaiknya..disinilah tugasku untuk membrikan mereka kesedaran akan apa yang "Di suruh & Di larang"......
bersambung 

No comments:

Post a Comment

Corat-Coret anda