Monday, November 1, 2010

hujan ini seperti memberikan makna disebaliknya

apa2 pun kejadian yang berlaku ini pasti kan ada hikmahnya..hanya yang cube mengamati dan mencari kebenaran sahaja yang menyedari...hari semakin berlalu.. hujan yang menitiskan titisan airnya seolah2 sayu dan sedih......
xperlu ku 'state' kan apa yang berlaku di zaman ini...
xperlu ku toreh kembali luka yang ada sangat dalam pada bumi ini...
apabila aku mengenang 'hujan' banyak sisipan nota pengalaman yang tersusun rapi di poket ingatanku..
masa semakin berlalu...
waktu siang malam silih berganti...
mata ini lalu tertumpu pada buku 'HURU-HARA AKHIR ZAMAN' dari Amin Muhammad Jamaluddin.
sisipan tajuknya amat rapi tersusun...
mengenai buku ini.. pengkajian akan segala berkaitan akhir zaman. ia adalah sebagai PERINGATAN bukanlah hiasan minda.. dibaca untuk menebarkan rasa sedar pada penghujungnya dunia... buku ini seolah2 kata pembuka akan apa yang ku cari2 erti hidup selama ini... benarlah islam itu mudah. apabila kita mula menyedari yakin akan kedatangan kiamat, kita mula sedar akan adanya qadha' dan qadar...rukun2 iman yang lainnya juga amat berkait...
mari aku tuliskan..dan bacalah :
Jalan Selamat
  • Jauhilah Irak, bumi Irak, Bangsa Irak dan Gunung emas Irak
  • Jangan ikut serta dalam jaisyul-khasaf (pasukan yang ditenggelamkan ke bumi) serta segeralah membaiat Al-Mahdi jika engkau bisa
  • Pelajarilah pengetahuan mengenai kejadian dalam fasa ini (zaman ini) dan mantapkanlah keyakinan anda kepada Rabb anda ( ALLAH s.w.t)
  • jika anda bisa, menetaplah ,tinggal di Hijaz, Syam, Baitul Maqdis @Gunung Thursina
  • jika anda melihat tanda2 langit pada bulan Ramadhan , Bintang berekor, Gelegar suara yang dahsyat, segeralah anda bertasbih dan siapkanlah makanan untuk keluarga anda
  • jauhilah firqah2
  • hendaklah engkau membersihkan diri, bersembunyi dan khusyu' dalam doa.
hadith huzaifah ke2 diriwayatkan oleh Bukhari dalam sebuah Bab yang berjudul ''jika tinggal orang2 yang nista''. Ibnu Hajar berkomentar ''kata dalam judul ini merupakan redaksi hadith yang dikeluarkan oleh Thabari dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban, dari Abu Hurairah, ia berkata;
''Bagaimana ,wahai Abdullah bin Amru, jika engkau tinggal di tengah2 manusia nista, perjanjian2 dan amanat2 mereka telah rosak sehingga mereka menjadi begini''?, beliau menyilang-nyilangkan jemarinya. Abdullah bertanya "apakah yang anda perintahkan kepadaku?'' .Beliau bersabda "hendaklah kamu menguruskan dirimu sendiri, tinggalkanlah orang2 awam mereka".
saya tidak melihat pada masa kita sekarang ini kecuali berbagai perjanjian telah rosak, amanat2 telah diabaikan, nurani manusia telah mati kecuali orang2 yang dirahmati ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Corat-Coret anda