Sunday, October 31, 2010

HaRi2 Yang BerLaLu

ini adalah hariku...
diam X diam aku sudah mncecah usia 20-an, mungkin bukan mudah untuk ditafsirkan..
setakat ini aku masih menilai apakah pencapaianku, adakah aku sendiri berpuas hati.. sekarang aku sedang mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan segulung diploma. inilah pilihanku sejak SPM lagi.aku tahu, faham penilaianku atas diri sendiri. xmudah ya untuk hidup didunia ni..
mungkin senang kalau mata yang melihat namun sukar pada bahu yang menerima beban.
apakata aku ceritakan tentang hidupnya seorang perempuan melayu yang islam masih remaja dan dirinya amat ingin tahu siapa dia...?
mulanya, dia rajin membaca buku mengenai islam dan mendengar ceramah2 di sekolah menengah, lalu dia cuba sedaya upaya untuk menambahbaik dirinya, dia memasuki pengajian tinggi belajar ilmu fardhu kifayah,seterusnya dia masih bingung apa yang dia sedang lakukan. dia mula mencari kebenaran akan dirinya dulu di internet,mendengar ceramah pendakwah bebas di sebarang media,dia masih bertanya lagi pada mereka yang berpengalaman akan ilmu dan kehidupan. dia masih tidak dapat memahami sepenuhnya.. siapa dia ya??... kemudian dalam salah satu sujudnya,hatinya bergetar.jiwanya merasa sayu sekali..mengapa? adakah dia ada melakukan apa2 kesilapan?..lalu diwaktu dia berdoa..matanya tajam tertumpu pada jari-jemari sahaja, 'ku fikiri, secara logiknya, kalau manusia mencipta tangan seperti ini adakah ia mungkin sama? ish...pendapatku xmungkin..urat saraf yang ada ini begitu halus dan cantik kejadian. tapi apa ya bahan2 yang pencipta mencipta ku..hmm..eh, aku sudah keterlaluan ni.. hmm.aku sudah dapat jawapan di setiap persoalanku'
apabila manusia sangat mencari2kan kebenaran dirinya akan mulai sedar yang dihadapannya sahaja jawapan, xperlu melihat pada gunung2 tinggi, mahupun langit2 mahupun bagaimana dia diciptakan kerana pengetahuan yang kecil pun sudah tidak dapat ditampung..ianya Rahsia ALLAH..
ingat selagi dirimu masih x puas hati mencari jawapan..carilah..tapi harus ada dalam diri Al-Quran & Sunnah..

No comments:

Post a Comment

Corat-Coret anda