Saturday, July 18, 2009

Hidup ibarat pelayaran

Kehidupan ini ada maknanya.... bagaimanakah jika kita tak dapat menikmati dengan baik dan sederhana hidup ini.......bagaimanakah jika kita tak dapat menyempurnakan hidup mengikut hadnya....

Kadang-kadang aku terfikir sejenak jika aku sekarang terpilih untuk dicabut nyawa...adakah mungkin bekalan yang aku kumpul cukup untuk meraih rahmatnya,cukup kah jika aku bisa meletakkan diri di syurga...kalangan orang yang benar2 hebat... aku masih belum cukup bersedia untuk itu.. memang benar!!!!... kadang-kadang aku makin terfikir apakah aku akan diletak dalam hamba yang dilihat wajahnya dengan belas kasihan..apakah aku bisa lagi... apakah aku mampu untuk menegakkan diri untuk dihisab...dilihat seluruh amalan sepanjang nafas diberi...

Aku rasa amat bersalah pada yang KUASA.... cukup ke aku menggunakan nikmat anggota..masa...nafas untuk perkara yang sepatutnya... apakah amalan yang akan membantuku?????................

‘Kita ada banyak masa lagi untuk berfikir dan membetulkannya....’

Benarkah???...atau kita dah yakin hidup akan terus-menerus sepanjang zaman...kita yakin bahwa kesihatan kita akan tetap baik...kita kadang2 tak sangka hidup yang baik menjadi lebih buruk...ujian makin besar.. sebab kita selalu terdengar.. “aku tak sangka hidup aku jadi macam ni...aku tak sangka aku jadi gila lepas ni...aku tak sangka aku hidap penyakit kronik....” sape yang kita nak salahkan .....???? takkan kita nak salahkan pencipta ???? rase betul2 yakin kerrrr... amalan kita boleh menampung...jadi pendinding untuk menyalahkanNYA???

Hiduplah dengan ada tujuan.... jadi semangat untuk kita terus tepis kejahatan... ada prinsip untuk kita elak kata2 yang x sepatutnya keluar dari mulut kita.... moga tujuan itu akan terus boleh membuatkan hidup kita terus meningkat... sebab orang yang tak ada tujuan tak akan kemana2 pun kerana hidupnya sentiasa biasa pada setiap hari tanpa matlamat yang akan jadi pembakar semangat......

No comments:

Post a Comment

Corat-Coret anda